Ini pula rendang kerang...
Bahan-bahan:
60ml / 1/4 cawan minyak masak
1 liter / 4 cawan santan, diperah drpd 1 1/2 biji kelapa parut dan 1 liter / 4 cawan air.
3 keping asam gelugur
1 helai daun kunyit, dihiris halus-halus
1 helai daun limau purut, dihiris halus-halus
600gram isi kerang
garam
gula
55gram / 1/2 cawan kerisik
Dikisar halus-halus:
10 tangkai cili kering, dibuang biji, direndam dengan air dan dituskan
5 tangkaia cili padi
2 batang serai, dihiris halus-halus
5 ulas bawang merah, dikupas
1 ulas bawang putih, dikupas
1cm halia, dikupas
1cm lengkuas, dikupas
1cm kunyit hidup, dikupas
Cara-caranya:
1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga agak kering.
2. Masukkan santan, asam gelugur, daun kunyit dan daun limau purut. Renihkan sehingga kuah memekat.
3. Tambah isi kerang dan perasakan dengan garam dan gula. Renihkan sehingga isi kerang masak.
4. Masukkan kerisik dan renihkan selama 5 minit di atas api sederhana.
Setelah siap, boleh lah dihidangkan :) ...
No comments:
Post a Comment